PERNIAGAAN MIM

Company Portfolio


PERNIAGAAN MIM  telah merancang strategi jangka panjang bagi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah syarikat yang teguh dan mantap supaya dapat bersaing dengan syarikat-syarikat  lain yang setanding dengannya. Perniagaan MIM yakin bahawa dengan mengeluarkan produk secara besar-besaran dapat membantu syarikat untuk mencapai objektif dan misi syaikat. Aktiviti utama perniagaan adalah sebagai pengeluar dan pembekal perabot, alat keperluan pejabat dan pengubahsuaian pejabat, serta alat hiasan dalaman.  Untuk melicinkan lagi operasi pengeluaran perabot  dan pembekalan kini Perniagaan MIM telah mempunyai sebuah kilang sendiri yang beralamat di No. 30 Kawasan Perindustrian Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.

Sejajar dengan matlamat kami untuk lebih maju dan berdaya saing di peringkat lebih tinggi dan professional maka pada 29 Sept 2004 Perniagaan MIM telah pun meluaskan tapak operasinya dengan membeli sebuah lagi kilang bersebelahan tapak sedia ada beralamat No 29 Kawasan Perindustrian Seri Manjung.

Selain menjalankan aktiviti utama, Perniagaan MIM juga menjalankan aktiviti sampingan sebagai :
  1. Pembekal bahan binaan dan peralatan keselamatan jalan raya
  2. Mesin dan peralatan kejuruteraan
  3. Alat kelengkapan kediaman dan pejabat
  4. Peralatan perhubungan atau komunikasi
  5. Kelengkapan/kemudahan awam
  6. Keluaran jahitan