PERNIAGAAN MIM

About Us


PERNIAGAAN MIM telah ditubuhkan oleh En. Minhad Bin Ahmad pada 25 Julai 1998. Pada dasarnya, PERNIAGAAN MIM dioperasikan sendiri oleh pemilik dan dibantu oleh pekerja tetap. Pada permulaan penubuhan, En. Minhad telah membawa masuk modal sebanyak RM250,000.00 ke dalam perniagaannya bagi memulakan operasi syarikat. Bagi melancarkan pengurusan perniagaan, pihak syarikat telah melantik syarikat perakaunan berdaftar bertujuan membantu syarikat dari segi pengurusan kewangan dan cukai.

Pada awal perniagaan, pihak syarikat telah menumpukan pada bahagian produksi dan peralatan perabut seperti kelengkapan pejabat,kelengkapan mengajar dan lain-lain.

Selepas 6 tahun beroperasi, PERNIAGAAN MIM telah berjaya mendapat beberapa pelanggan tetap. Antaranya ialah agensi kerajaan seperti Institut Kemahiran Mara(IKM), Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM), Hospital Seri Manjung, Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung, dan beberapa sekolah sekita daerah Manjung.

Bagi memantapkan dan mengukuhkan syarikat, pihak syarikat telah merancang untuk melebarkan operasi syarikat. Oleh sebab itu, Pihak syarikat telah mendaftarkan diri di bawah Kementerian Kewangan sebagai pembekal kontraktor bumiputra untuk kerajaan pada 6 Ogos 2002.

Bersama dengan pengalaman dan latarbelakang berserta sokongan kuat daripada kakitangan syarikat, PERNIAGAAN MIM sekarang telah mengorak langkah untuk membina imej dan reputasi sendiri bagi mencapai kualiti perkhidmatan terbaik secara efektif dan efisyen serta memberikan layanan terbaik buat pelanggan. Selain itu, PERNIAGAAN MIM telah mensasarkan misi penghasilan perabut bertaraf dunia.

Bagi membantu meningkatkan produk syarikat, PERNIAGAAN MIM telah menyertai panel SKOMK. Melalui cara ini pihak syarikat berkeupayaan untuk menambah variasi pemasaran produk dan meningkatkan keuntungan. Syarikat juga turut menyediakan perabot bagi ahli-ahli SKOMK berdaftar.